Penerbit terkenal, Datuk A Aida, berkongsi sekeping foto memperlihatkan dirinya sudah berhijrah ke arah lebih baik dengan tampil mengenakan hijab.
Kembali bertudung

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Zaidah Awang itu menjelaska perubahan yang dibuat atas kerelaan dan rasa insaf sebagai seorang hamba tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
“Bukan sebab orang lain, tetapi sebab hati,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Pada masa sama, Aida turut membalas komen sahabat baiknya, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim dan memaklumkan dia akhirnya menunaikan janji yang pernah dibuat selepas melalui detik sukar apabila jatuh sakit baru-baru ini.
Screenshot
“Janji dengan ustaz asyik bermain di fikiran selepas kembali sedar di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Terima kasih ustaz, moga ALLAH pelihara kita semua,” kongsinya lagi.
Artike lain:A Aida dibenar keluar hospital, perlu rehat beberapa bulan
Terdahulu, pemilik syarikat penerbitan A Aida Production itu dimasukkan ke ICU sebuah hospital selepas rebah sejurus menjalani sesi fisioterapi.
Difahamkan, sebelum kejadian beliau menjalani pembedahan lutut pada Selasa, 23 September tahun lalu.
Sumber: Instagram a_aidaproduction




