Tutup sempadan darat burukkan lagi keadaan di Gaza – UNRWA

Tutup sempadan darat burukkan lagi keadaan di Gaza – UNRWA

ISTANBUL – Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran kegagalan untuk membuka semula sempadan darat dan memberi mereka akses selamat akan memburukkan lagi keadaan kemanusiaan yang dahsyat di Semenanjung Gaza.

“Lintasan mesti dibuka semula dan selamat untuk diakses. Tanpa pembukaan semula laluan ini, kekurangan bantuan dan keadaan kemanusiaan yang teruk akan berterusan,” kata Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di X.

Menurutnya, hampir separuh daripada penduduk Rafah atau 800,000 orang berada di jalan raya kerana terpaksa melarikan diri sejak tentera Israel memulakan operasi ketenteraan di kawasan itu pada 6 Mei lalu.

Mengenai bantuan kemanusiaan yang memasuki kawasan yang dikepung, Lazzarini berkata: “Sejak 6 Mei, hanya 33 trak bantuan berjaya melalui ke selatan Gaza.

Jumlah ini adalah kecil di tengah-tengah keperluan kemanusiaan yang semakin meningkat dan perpindahan besar-besaran.

Beliau menegaskan, dakwaan penduduk di Gaza boleh berpindah ke zon ‘selamat’ atau ‘kemanusiaan’ adalah palsu.

Bahkan,beliau mendakwa Israel eletakkan nyawa orang awam pada risiko yang serius.

Israel meneruskan serangan kejamnya di Semenanjung Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menuntut gencatan senjata segera di kawasan itu.

Hampir 35,400 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 79,300 yang lain cedera sejak Oktober lalu berikutan serangan Hamas.

Lebih tujuh bulan selepas perang Israel, kawasan Gaza musnah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan,

Israel dituduh melakukan “pembunuhan beramai-ramai” di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang telah mengarahkan Tel Aviv untuk memastikan tenteranya tidak melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah-langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza. – Agensi