Tyra Kamaruzzaman Tegur Tindakan Individu Bandingkan Warna Kulit Anak – “Tak Macam Baby Artis Tu, Putih Gebu..”

Tyra Kamaruzzaman Tegur Tindakan Individu Bandingkan Warna Kulit Anak – “Tak Macam Baby Artis Tu, Putih Gebu..”

Pempengaruh terkenal, Tyra Kamaruzzaman meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan seorang tetamu yang mempersoalkan warna kulit anaknya ketika berkunjung ke rumah ibu bapanya.

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Tyra mendedahkan tetamu yang tidak dikenali itu membuat perbandingan antara warna kulit anaknya dan seorang lagi bayi milik selebriti yang tidak dinamakan.

“Ada seorang tetamu datang ke rumah semalam. Saya tak kenal pun siapa dia, mungkin kenalan atau pasangan kepada rakan ibu dan ayah saya.

“Tetiba dia cakap, ‘Oh, gelap ya kulit baby Tyra. Tak macam baby artis tu, putih gebu’,” tulis Tyra.

Menurut Tyra, individu berkenaan juga sempat meneliti anaknya dari atas ke bawah seolah-olah membuat pemeriksaan.

“Lepas tu, nak harap anak saya putih macam mana kalau saya dan suami pun berkulit sawo matang? Takkan tiba-tiba anak keluar macam orang putih pula, mak cik. Sampai baby pun diperhati atas bawah, kenapa ya?” katanya bersahaja.

Namun begitu, Tyra yang kini berusia 26 tahun menegaskan bahawa dia tidak mengambil hati dengan kenyataan tersebut, tetapi berpendapat tiada salahnya memiliki tona kulit yang sedikit gelap.

Sekadar info, Tyra telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 19 Januari 2025.

Sebagai rekod, Tyra dan pasangannya, Emran sah bergelar suami isteri pada 3 Mei 2024 dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung indah di Boathouse, Kuala Lumpur.

Tyra turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,111 yang diserahkan oleh bapanya, Haji Kamaruzzaman.

Scroll to Top