Tyson boleh tumbangkan Paul dalam 60 saat

Tyson boleh tumbangkan Paul dalam 60 saat

London: Pertarungan yang ditunggu-tunggu antara Jake Paul dan Mike Tyson mungkin berakhir dalam 60 saat, menurut bekas jurulatih legenda itu.

YouTuber yang kini menjadi petinju itu sepatutnya bertarung dengan Kid Dynamite pada 20 Julai, tetapi pasangan itu kini akan membuat perhitungan di gelanggang pada 15 November.

Tyson terpaksa menangguhkan pertarungan itu akibat masalah kesihatan selepas mengalami masalah kesihatan ketika dalam penerbangan akibat serangan ulser.

Menjelang pertembungan itu, bekas jurulatih Tyson, Jeff Fenech percaya bahawa Tyson akan mengalahkan Paul yang 31 tahun lebih muda daripadanya.

Fenech, yang melatih bekas juara dunia itu ketika dia tewas kepada Danny Williams dan Kevin McBride pada tahun 2004 dan 2005 berkata, ia akan mengambil masa hanya satu minit untuk Tyson menang.

Dia memberitahu World Boxing News: “Saya tidak ragu Mike akan mengambil pendekatan yang tenang dan tidak cuba untuk memukul pada masa yang sama (dia akan menang).

“Jika dia membuat Jake terlepas, Mike akan menumbangkannya dalam beberapa pusingan, itu sudah tentu seratus peratus.

“Saya bercakap dengan Mike. Saya beritahunya apa yang saya rasa. Mudah-mudahan, dia akan mendengar saya. Kami sudah berkata perkara yang sama.

“Jika dia melakukan apa yang dia katakan, maka saya tidak ragu dia akan menumbangkannya. Dia tidak akan menghadapi masalah.”

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top