Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

Tze Yong terpaksa menarik diri pada perlawanan suku akhir BATC 2024 menentang pemain Singapura, Jason Teh pada Jumaat lepas selepas mengalami kecederaan tulang belakang. Foto Bernama

PEMAIN perseorangan negara, Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ketua Perubatan Sukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ooi Yu Hang yang menegaskan ia bukan kecederaan berulang seperti dialami Tze Yong pada Terbuka Malaysia 2024 yang menyaksikan pemain di ranking ke-15 dunia itu mengalami kecederaan koyak otot pada bahagian belakang.

Yu Hang berkata, pihaknya kini memantau tindak balas Tze Yong terhadap suntikan yang diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) pada minggu lepas.

“Ia kecederaan berbeza (daripada Terbuka Malaysia). Koyak (otot) ketika Terbuka Malaysia telah sembuh. (Kali ini) berkaitan tulang belakang dan cakera. Tze Yong telah mengambil suntikan minggu lepas.

Scroll to Top