U Mobile Cipta Rekod Baru, Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records Untuk Kelajuan Mudah Alih Terpantas dengan 5G-Advanced | Oh! Media

U Mobile Cipta Rekod Baru, Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records Untuk Kelajuan Mudah Alih Terpantas dengan 5G-Advanced | Oh! Media

Nampaknya U Mobile mencipta satu lagi sejarah apabila mencatatkan kelajuan mudah alih terpantas 30.8 Gbps dengan 5G-Advanced (5G-A), semasa percubaan langsung yang dijalankan di Kuching, Sarawak.

Pencapaian luar biasa ini menjadikan U Mobile antara rangkaian dengan kelajuan mudah alih terpantas di dunia. Wow!

5G-Advanced 10 Kali Lebih Pantas Berbanding 5G

Aplikasi teknologi 5G-Advanced (5G-A) dijangka membawa manfaat yang besar untuk pengguna dan juga perusahaan, kerana ia mampu menyokong aplikasi yang inovatif, kompleks dan intensif data, mewujudkan pengalaman pengguna yang optimum. 

Kiranya dengan teknologi 5G-A internet akan menjadi lebih pantas dan dapat berikan sambungan yang lebih banyak kepada peranti.

“Sebagai sebahagian daripada usaha U Mobile untuk menjadi rakan kongsi perkhidmatan digital kegemaran Malaysia, kami sentiasa berinovasi dan berusaha untuk menembusi sempadan teknologi. 

Kami berbangga dapat memecahkan rekod 5G-Advanced dengan 30Gbps bersama  rakan kongsi industri iaitu CelcomDigi dan rakan teknologi ZTE kerana ia mempamerkan kemungkinan perkara yang 5G-A boleh lakukan untuk penyelesaian pelbagai rintangan dalam perusahaan merentas.”- Wong Heang Tuck, Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile

RTM Guna 5G-A Untuk Pancar Siaran Langsung Majlis Perasmian SUKMA 2024 

Dalam pada itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai rakan kongsi industri berhasrat mempamerkan teknologi termaju dengan siaran langsung 5G-A yang pertama di Malaysia daripada Majlis Perasmian SUKMA 2024 di Sarawak kepada penonton di seluruh negara RTM.

Penonton akan dapat menikmati pengalaman dinamik dan mengasyikkan kerana siaran dapat distrim dengan resolusi tinggi dengan kelewatan yang minimum. 

Bagi penyiar seperti RTM, ini merupakan kali pertama mereka dapat merakamkan visual terbaik, semuanya melalui ekosistem tanpa wayar yang menawarkan lebih fleksibiliti dan keupayaan untuk melakukan liputan pada masa nyata.

Sebagai tambahan kepada penanda aras baharu ini, U Mobile dan rakan kongsi turut merekodkan penggunaan individu mengalami kelajuan sehingga 8.5 Gbps.

Pada yang hadir ke Stadium Sarawak untuk menyaksikan Perasmian SUKMA atau menyaksikan acara sukan yang dilangsungkan di sekitar stadium. Korang boleh merasai pengalaman 5G-A dipertingkatkan XR (realiti lanjutan) secara langsung. 

Dengan menggunakan kamera 360° berkuasa 5G-A yang dipasang di pelbagai lokasi di dalam stadium, pengunjung boleh menyelami suasana aksi stadium dengan hanya memakai cermin mata VR.

Power tak 5G-A?

Maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi U Mobile dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram.

Scroll to Top