
UAE telah keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum Arab yang berpangkalan di Kuwait. Foto AFP
DOHA – Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum Arab (OAPEC) yang berpangkalan di Kuwait, menurut OAPEC pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.
UAE sebelum ini telah pun meninggalkan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pakatan OPEC+.
“Sekretariat Agung OAPEC telah dimaklumkan mengenai sepucuk surat daripada Menteri Tenaga UAE, Suhail Al Mazrouei kepada pengerusi sesi semasa Majlis Menteri-Menteri OAPEC, yang mengumumkan keputusan UAE untuk keluar daripada pertubuhan itu berkuat kuasa 1 Mei 2026,” menurut kenyataan itu. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti



