Suami kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah iaitu Ubai MZ memaklumkan telah mengalami kecederaan akibat bermain bola.
Menurut Ubai atau nama lengkapnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, dia reda dengan insiden yang menimpanya sehingga menyebabkan kakinya retak dan buku lalinya terseliuh.
“Bad injury untuk game petang tadi. Ankle sprain and kaki retak.
“Sedih tapi benda dah nak jadi. Reda je lah. Saya cuti panjang gais,” katanya.

Perkara itu dikongsi Ubai menerusi hantaran yang dimuat naik di platform Threads miliknya.
Sementara itu, Shila turut berkongsi perkara sama menerusi hantaran di ruangan Instagramnya pada Khamis.
Tegasnya, insiden ini bukanlah pertama kali menimpa suaminya.




