Ucap terima kasih berulang kali, lelaki Pakistan gembira diberi makan nasi ayam

Ucap terima kasih berulang kali, lelaki Pakistan gembira diberi makan nasi ayam

Sebagai seorang manusia, kita digalakkan untuk berbuat baik sesama insan walaupun berbeza agama dan kaum.

Begitulah seperti kisah wanita ini yang berbuat baik terhadap rakannya yang merupakan seorang lelaki warga Pakistan.

Menerusi video di TikTok, wanita yang dikenali sebaga Nora Azizah itu telah berkongsi rezeki dengan salah seorang rakan sekerjanya berkenaan.

Difahamkan lagi, dia mahu menunaikan janji dengan membelikan nasi ayam kepada lelaki tersebut.

Pada mulanya, lelaki Pakistan itu seakan tidak percaya dan menganggap wanita terbabit hanya bergurau apabila ingin membelikannya nasi ayam.

@noracina93

Syukur Alhamdulillah…😊😊

♬ original sound – Alexander Stewart

Namun begitu, setelah wanita itu membawa nasi ayam berkenaan dan memberikan kepadanya, lelaki tersebut tidak henti-henti mengucapkan terima kasih saat menerima nasi tersebut.

Selain itu, lelaki tersebut juga kelihatan sangat gembira dan tanpa lengah terus menjamah nasi ayam berkenaan dengan penuh selera.

Meninjau ke ruangan komen, perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai yang mana rata-rata mereka mendoakan agar kedua-duanya dimurahkan rezeki.

Malah, ada juga yang berpendapat bahawa lelaki berkenaan tidak pernah makan nasi ayam sebelum ini disebabkan itulah dia terlalu gembira.

Tidak rugi pun untuk kita berbuat baik sesama manusia. Hulurkanlah apa juga bantuan berdasarkan kemampuan diri supaya bantuan itu dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Sumber: TikTok Nora Azizah

Scroll to Top