UEFA tambah dakwaan ke atas FA Inggeris

UEFA tambah dakwaan ke atas FA Inggeris

LONDON: Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengambil tindakan ke atas Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris di atas kekecohan peminat England ketika final Euro 2020 menentang Itali di Wembley.

Ketika perlawanan yang berakhir dengan kejuaraan menjadi milik Itali selepas penentuan penalti, penyokong tuan rumah membaling objek ke padang, menceroboh padang dan mengejek lagu kebangsaan Itali.

Badan induk bola sepak Eropah itu mendakwa FA di atas empat pertuduhan berkaitan tingkah laku penonton – dan penyiasat akan melakukan siasatan berasingan berkaitan aspek keselamatan sebelum perlawanan.

Perlawanan penuh debaran itu dicemari dengan beberapa insiden termasuk ribuan penonton tanpa tiket yang memecah masuk ke stadium dan mencederakan orang lain.

Pertuduhan baharu itu hadir tiga hari selepas FA didendan 25,630 pound (RM148,717) kerana penonton yang menyuluh laser ke muka panjaga gol Denmark Kasper Schmeichel ketika aksi separuh akhir di stadium sama. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top