UiTM belasah Sabah

UiTM belasah Sabah

syafiq.aznan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: UiTM FC meraih kemenangan kedua dalam saingan Liga Super musim ini apabila mengejutkan Sabah FC dengan kemenangan besar 4-0 di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad The Lion Troops meneruskan rentak konsisten apabila belum lagi tewas dalam tiga aksi sementara Sabah FC terus dirundung malang apabila gagal meraih sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan.

Tuan rumah meledak dua gol pantas dalam tempoh tiga minit menerusi sepakan penalti Kwon Yong Hyun pada minit ke-15 dan Joel Vinicius (m17) sebelum Sean Giannelli meledak dua gol pada minit ke-59 dan minit ke-66.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top