Ulang tahun ke-78 PM Anwar, Kor Ming hadiahkan karya seni lambang perpaduan

Ulang tahun ke-78 PM Anwar, Kor Ming hadiahkan karya seni lambang perpaduan

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menghadiahkan karya seni khas bertajuk Rise Up Together kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena ulang tahun kelahiran beliau ke-78 pada Ahad.

PM Anwar sambut Ulang tahun ke-78

Menerusi hantaran Kor Ming yang juga Presiden Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) di media sosial, beliau menyatakan bahawa arca istimewa itu ditempah khas ketika lawatan rasminya ke Nairobi, Kenya, baru-baru ini.

“Satu penghormatan besar buat saya untuk memberikan Perdana Menteri hadiah hari jadi yang bermakna iaitu sebuah arca istimewa dinamakan ‘Rise Up Together’ yang melambangkan perpaduan dan keharmonian negara kita dalam kepelbagaian.
“Karya seni ini mewakili kekuatan dan perpaduan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama yang berdiri bersama sebagai satu, sejajar dengan visi teras kerajaan Malaysia Madani untuk menyatukan negara dan memimpinnya ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Hadiah sempena ulang tahun ke-78 PM Anwar

Menurutnya, pentadbiran Madani di bawah Anwar telah membawa kestabilan politik sepanjang dua tahun kebelakangan ini, menamatkan tempoh ketidaktentuan yang menyaksikan tiga Perdana Menteri bertukar dalam empat tahun.

Beliau menambah, ekonomi negara juga semakin berkembang, nilai ringgit mengukuh, dan kedudukan daya saing global meningkat ketara, meletakkan Malaysia di landasan yang betul.

“Kita mesti terus memelihara perpaduan dan keharmonian untuk memastikan keamanan dan kemajuan yang berkekalan,” katanya sambil menyifatkan rakyat kini lebih bersatu padu, makmur dan progresif.

ulang tahun

Artikel lain: Pastikan kebajikan terbela, kos gaji penjawat awam dijangka naik RM18 bilion – PM Anwar

Kor Ming turut yakin, di bawah kepimpinan Anwar, visi Rise Up Together akan direalisasikan, menjadikan Malaysia contoh negara yang harmoni di mata dunia.

Sumber: Facebook Nga Kor Ming

Scroll to Top