Ulas Isu Cerai Fattah Amin & Fazura… Pekin ‘Mahu’ Selamatkan Rumah Tangga Rakan – “Dia Memang Budak Baik”

Ulas Isu Cerai Fattah Amin & Fazura… Pekin ‘Mahu’ Selamatkan Rumah Tangga Rakan – “Dia Memang Budak Baik”

Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim diminta mengulas mengenai kenyataannya mempertahankan rumah tangga rakannya yang juga pelakon Fattah Amin dan Fazura.

Katanya ketika ditemui XTRA, dia tidak kisah menerima kecaman mahupun kritikan daripada netizen sehingga ada yang mendakwa dia sengaja ‘menumpang’ populariti pasangan terbabit.

Menurutnya, perkongsian yang dibuat itu adalah bertujuan untuk memperbaiki hubungan diantara keduanya.

“Ini perkara baik. Kita tak nak rakan-rakan bercerai berai dan mahu mereka kembali bersama. Apapun, yang melalui ini mereka sendiri dan mereka lebih tahu.

“Sebagai kawan, saya nak bagitahu perkara positif sahaja. Bila kata Fattah curang, saya tak percaya. Saya kenal Fattah macam mana.

“Saya buat posting tersebut agar orang tahu perangai sebenar Fattah.

“Kecaman itu perkara biasa. Ada yang suka dan ada yang tidak. Saya bercakap sebegitu sekiranya Fazura terbaca, dia boleh menilaikan semula keputusannya,” ulasnya.

Pekin atau nama penuhnya Mohd Iznan Ibrahim, 42, berkata demikian ketika ditemui pada sidang media malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Pekin juga menafikan bahawa dia menyokong sebelah pihak sahaja memandangkan ramai yang meninggalkan respons mengatakan dia lebih berpihak kepada Fattah.

“Mereka berdua saya kenal. Termasuklah saya juga pernah berlakon dengan Fazura. Jadi, pastinya saya menyokong dan mempertahankan rakan-rakan saya.

“Kalau dia pun perangai entah apa-apa, saya pun tak akan pertahankan. Saya tahu dia macam mana. Sebab itu saya yakin Fattah bukan orang yang sebegitu. Curang dan sebagainya.

“Saya pasti, orang di luar sana juga tahu perangai Fattah macam mana. Dia memang budak baik,” katanya.

Terdahulu, kontroversi membabitkan perkahwinan Fattah Amin dan Fazura menjadi topik bualan hangat dalam kalangan netizen.

Bahkan, isteri Pekin yang juga aktres, Mona Allen sebelum ini pernah ditegur agar menasihati suaminya dek kerana tampil mengulas mengenai isu rumah tangga pasangan tersebut.

Artikel Berkaitan:Tuduhan Curang Terlalu Berat, Pekin Ibrahim Pertahankan Fattah Amin – “Tak Pernah Nampak Dia Gatal Atau Cerita Hal Wanita”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nama Terkait Isu Perkahwinan Fattah Amin, Fazura… Rosyam Nor Tetap Ambil Tindakan Undang-Undang – “Ada Yang Dah Mohon Maaf, Tapi..”

Artikel Berkaitan: Tular Semula Rakaman Video Fattah Amin Mahu Jadi Muslim Yang Baik & Taat Perintah Allah… Netizen Komen: “He Adores His Wife! Tak Pernah Lupa Kebaikan Fazura”

Scroll to Top