Ada sesuatu yang magis tentang persembahan Dayang Nurfaizah di showcase Janji With Dayang yang berlangsung di Top View @ The Top, Komtar, Pulau Pinang.
Persembahan ini bukan sekadar konsert kecil, sebaliknya satu pengalaman muzik yang intim dan penuh dengan jiwa dan berada dalam kelas tersendiri.
Suasana pada petang Sabtu menuju senja begitu mendamaikan. Langit yang perlahan-lahan berubah warna, angin lembut yang berhembus mendayu, seakan menjadi sebahagian daripada produksi.
@xtra_my Aku tak selalu lemah, tapi kamu memilih buat ku menangis 🥲🥲 Persembahan lagu Lemah oleh Dayang Nurfaizah di showcase Janji with Dayang, The Top, Penang memang A+ 😍 #xtramy #xtratonton #janjiwithdayang ♬ original sound – XTRA
Semua itu menambahkan elemen ‘dreamy’ pada persembahan Dayang yang tampil anggun dengan busana cantik ‘flowy’ sesuai dengan aura eksklusif acara tersebut.
Lebih menarik, pentas dibuka dengan kehadiran dua artis baharu, Naki dan Anwar Amzah. Kedua-duanya diberi ruang oleh Dayang untuk memperkenalkan bakat masing-masing.
@xtra_my Janji with Dayang di The Top, Penang diserikan dengan persembahan pembukaan dari Anwar Amzah & Naki yang membawakan lagu malar segar Pintaku Yang Terakhir dalam rendisi tersendiri. Best! #xtramy #xtratonton #janjiwithdayang ♬ original sound – XTRA
Mereka masing-masing menyampaikan dua buah lagu, sebelum berpadu suara membawakan semula lagu malar segar Dayang, Pintaku Yang Terakhir dengan harmoni yang cukup menyentuh menggunakan rendisi tersendiri.
Dayang sendiri, seperti biasa, tidak pernah mengecewakan. Kelunakan vokalnya, pemilihan susunan muzik dan keintiman interaksi dengan penonton membuktikan mengapa penyanyi ini kekal relevan selepas lebih dua dekad dalam industri.
Apabila Dayang mengambil alih pentas, aura persembahan berubah sepenuhnya. Vokal emasnya terus mengisi ruang tanpa cela.
@xtra_my Lagu kegemaran min dalam album Janji! Naskhah ciptaan Aisha Retno & Radi yang berjudul ‘Mungkin Ke?’ ini memang best, dibawakan cemerlang oleh Dayang Nurfaizah 😍 #xtramy #xtratonton #janjiwithdayang ♬ original sound – XTRA
Anak jati Sarawak ini mempersembahkanrangkaian lagu daripada album terbaharu Janji, termasuk Dunia Lain, Lemah, Mungkin Ke?, Hakikat Cinta, Akhirnya Bahagia, Aku dan Tulus yang dibawa dengan penuh perasaan.
Tidak cukup dengan itu, nostalgia turut dihidupkan apabila Dayang menyanyikan lagu-lagu malar segar yang menjadi identitinya, antaranya Dayang Sayang Kamu, dan Mana Mungkin.
Showcase ini membuktikan apabila Dayang naik ke pentas, dia bukan sekadar menyanyi, tetapi menghidupkan seluruh suasana.
Tahniah juga buat Usanita Entertainment dan Mask Team yang berjaya menganjurkan sebuah persembahan dengan cita rasa tinggi, namun tetap mengekalkan kehangatan sebuah showcase intim.
Ia seakan memberi gambaran kecil tentang bagaimana konsert besar Dayang suatu hari nanti boleh menjadi pengalaman yang benar-benar luar biasa.