Oh! Tidak
Ulat gambar KLCC mengamuk hingga belasah individu selepas ditegur, 18 suspek termasuk remaja ditahan polis.
Baru-baru ini tular di media sosial dua individu cedera di kepala sehingga menerima jahitan dipercayai dipukul jurugambar haram di KLCC.
BACA: Geng ‘Photographer Haram’ Mengganas Di KLCC, Didakwa Pukul Orang Sampai Pecah Kepala
Terbaru, Buletin TV3 melaporkan 18 suspek yang terlibat telah pun ditahan untuk siasatan lanjut.
Suspek terdiri daripada sepuluh individu beralamat di Sabah, Selangor (2 orang), Kuala Lumpur (3 orang) dan Johor (2 orang).
18 termasuk seorang remaja ditahan

Kini, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Kesemua suspek berusia antara 17 hingga 45 tahun dan mengaku berada di lokasi ketika kejadian serta terlibat dalam aktiviti ulat gambar.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, semakan mendapati dua suspek memiliki rekod jenayah lampau manakala selebihnya tiada rekod.
Kedua-dua mangsa turut mengenal pasti dua suspek yang memukul mereka selepas menjalankan kawad cam.
Tak puas hati ditegur supaya henti pukul pelancong

Menurut Sazalee Adam lagi, kejadian berlaku sekitar jam 9 malam apabila mangsa terlihat seorang pelancong lelaki India sedang dipukul oleh kumpulan lelaki yang menawarkan khidmat mengambil gambar.
Selepas itu, mangsa menghampiri mereka dan menegur supaya tidak memukul pelancong berkenaan. Kumpulan suspek memberi amaran supaya tidak masuk campur. Tiba-tiba, mangsa diserang di kepala oleh seseorang di bahagian belakang disyaki menggunakan pisau kerambit.
Situasi bertambah tegang apabila mangsa mendakwa diserang secara beramai-ramai, malah kira-kira 30 individu lain dipercayai rakan suspek turut datang membantu dalam serangan tersebut.
Pssttt! Kes macam ni memang buat ramai rasa geram dan risau, lebih-lebih lagi berlaku di lokasi pelancongan terkenal negara. Teguran yang sepatutnya jadi perkara baik bertukar jadi insiden ganas. Harapnya tindakan tegas dapat diambil supaya kejadian seperti ini tidak berulang dan imej negara kita terus terjaga.
Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




