Ulat tiket mula ambil kesempatan

Ulat tiket mula ambil kesempatan

PETALING JAYA: Beberapa pihak cuba menangguk di air keruh susulan tiket separuh akhir Piala AFF 2022 membabitkan pertemuan Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu sudah habis terjual.

Hasil tinjauan yang dilakukan ke atas beberapa platform jual beli atas talian, beberapa individu cuba menjual tiket perlawanan tersebut dengan harga yang lebih mahal berbanding harga asal yang di tawarkan iaitu RM 30 untuk tempat duduk terbuka.

Harga yang dijual oleh ulat tiket ini pula untuk tempat duduk yang sama adalah sekitar RM 40 hingga RM 70.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya dapat memperuntukkan 59,000 ribu tiket sahaja untuk aksi kali ini memandangkan baki 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan bagi memberi laluan kepada pemasangan pentas konsert artis Taiwan, Jay Chou yang akan berlangsung pada 15 Januari depan.

Kesemua tiket tersebut habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam selepas jualan dibuka sejak pukul 3 petang semalam.