Ulser pecah punca tahanan mati dalam lokap – Mohamed Usuf

Ulser pecah punca tahanan mati dalam lokap – Mohamed Usuf

KEPALA BATAS – Tiada unsur jenayah dalam kematian seorang tahanan lelaki di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usof Jan Mohamad berkata, ia susulan hasil bedah siasat ke atas lelaki berusia 42 tahun mendapati punca kematian disebabkan radang peritoneum yang mana terdapat ulser pecah di dalam perutnya.

Jelas beliau, laporan bedah siasat juga menunjukkan tiada kecederaan berunsurkan jenayah ditemui pada tubuh badan tahanan kes dadah itu.

“Lelaki itu ditahan pada 8 Februari lalu mengikut Seksyen 39 (a) (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditemui dalam keadaan tiada pergerakan nadi sebelum pegawai bertugas mendapatkan bantuan kecemasan Mers 999 semalam.

“Apabila disahkan meninggal dunia mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat,” katanya hari ini.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut susulan tiada unsur jenayah dilaporkan. – MalaysiaGazettd