Penyanyi yang juga anak saudara kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umai Umairah menjadi penerima anugerah termuda ABPBH.
Memenangi anugerah Artis Baru Popular ABPBH37, Umai menyifatkan ianya momen terindah di dalam hidupnya sepanjang 14 tahun.
BACA: “Sama-Sama Doakan Umai” – Saerah Sahkan Umairah Sudah Berhijab
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi saya. Di usia 14 tahun ini, ini pengalaman paling indah. Saya tak terfikir pun akan menang anugerah ini,” katanya.
Sementara itu, Umai berkata dia tidak sangka memecahkan rekod yang dipegang ibu saudaranya sebagai pemenang termuda Anugerah Bintang Paling Popular.
“Saya pun tak percaya yang saya akan memecahkan rekod Siti Nurhaliza sebagai pemenang termuda. Sejak kecil saya selalu tonton ibu saudara saya menang anugerah.
“Saya pernah bercakap dengan nenek yang satu hari nanti, saya juga nak memang anugerah seperti itu. Kata nenek, saya perlu bekerja keras sama seperti Mak Iti,” katanya.
Sumber: Astro Gempak




