Umat Islam di Michigan boikot Kamala Harris, sokong Parti Hijau

Umat Islam di Michigan boikot Kamala Harris, sokong Parti Hijau

Umat Islam sedang membuang undi sempena Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat di Lowrey School di Dearborn, Michigan pada 5 November 2024. (FOTO: AFP)

– Advertisement –

MICHIGAN: Dihantui oleh keganasan harian yang melanda Timur Tengah angkara kejahatan dan kekejaman negara pengganas rejim Zioni Israel, Soujoud Hamade, seorang Demokrat berdaftar, berasa terdorong untuk menyokong calon Parti Hijau, Jill Stein dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat kali ini.

“Ia sangat emosional,” kata peguam hartanah berusia 32 tahun itu kepada AFP selepas membuang undi pada Selasa di sebuah sekolah di Dearborn, bandar dengan majoriti penduduk Arab terbesar di negara itu, di mana pengundi boleh membuktikan mereka menjadi penentu di medan pertempuran utama politik Michigan.

“Setiap kali saya menonton berita atau melayari media sosial, saya melihat rakyat saya hancur, saya melihat negara asal saya musnah,” tambah warga Lubnan-Amerika itu, kecewa dengan sokongan tidak berbelah bahagi pentadbiran Biden-Harris terhadap rejim pengganas Israel.

– Advertisement –

Hamade berkata, dia jelas tentang sifat dua hala perlumbaan antara Naib Presiden Demokrat, Kamala Harris dan bekas Presiden Republikan, Donald Trump.

Namun, dia menegaskan undinya jauh lebih daripada sekadar protes.

‘Gerakan jarum’ Parti Hijau

Dia berhasrat untuk membantu Stein memecahkan lima peratus undi popular negara, ambang yang akan membuka kunci pembiayaan persekutuan masa depan untuk Parti Hijau dan ‘menggerakkan jarum ke hadapan’ ke arah memecahkan pegangan dua parti terhadap politik AS.

Dearborn, pinggir bandar Detroit yang terkenal sebagai tempat kelahiran Henry Ford dan rumah ibu pejabat Ford Motor Company, mempunyai populasi sekitar 110,000, dengan 55 peratus penduduk berasal dari Timur Tengah atau Afrika Utara.

Majoriti penduduk bandar raya  ini sangat menyokong Presiden Joe Biden pada tahun 2020, 

Namun, pengundian baru-baru ini menunjukkan peralihan daripada Parti Demokrat dalam kalangan Muslim dan Arab-Amerika.

Trend itu terbukti dalam perbualan dengan pengundi di sekitar bandar pada Hari Pilihan Raya.

Pengundi isu tunggal

Stein, seorang doktor Yahudi dan calon berhaluan kiri dari Parti Hijau teleh menunjukkkan solidaritinya terhadap Palestin diramalkan akan berjaya dalam kalangan umat Islam, serta pengundi progresif dan belia di seluruh negara – berpotensi bertindak sebagai ‘pemevah’ undian terhadap Harris.

“Dia satu-satunya (calon Presiden AS) yang anti-pembunuhan beramai-ramai (genosid) oleh Israel ke atas penduduk di Semenanjung Gaza,” kata Muhammad Hijazi, seorang jurutera berusia 28 tahun yang menggambarkan dirinya sebagai ‘pengundi isu tunggal’ yang sebelum ini mengundi Demokrat tetapi menegaskan kini sudah ‘hilang kepercayaan’ terhadap parti itu.

Menurutnya, Demokrat tidak mempunyai rancangan untuk membawa keamanan ke Timur Tengah, dan dia tidak mempercayai Trump untuk melakukan lebih baik.

Namun terdapat tanda-tanda Trump adalah calon yang lebih baik berbanding Harris, kerana tidak seperti Harris, Trump dia melawat Dearborn, bercakap di hadapan kumpulan orang ramai pada minggu lalu.

Menantu Donald Trump

Jangkauannya kepada komuniti Islam Michigan mendapat sokongan daripada Datuk Bandar Islam Hamtramck dan Dearborn Heights, manakala hubungan baharunya dengan masyarakat itu – melalui menantu lelaki Lubnan-Amerika Michael Boulos, suami kepada Tiffany Trump- telah membuatkan dia semakin meraih kepercayaan berbanding Harris.

“Keputusan Harris untuk berkempen dengan bekas ahli parlimen Republikan, Liz Cheney, penyokong tegar Perang Iraq, adalah keputusan terakhir Datuk Bandar Dearborn Heights Bill Bazzi,” katanya ketika berucap pada perhimpunan di Michigan itu.

Charles Fawaz, seorang guru keturunan Lubnan berusia 29 tahun mengundi Trump, memberitahu AFP bahawa dia kagumapabilla bekas presiden AS itu ‘muncul’ kembali dalam arena politik negara itu.

“Ketika Trump menjadi presiden (AS), semuanya baik-baik saja dengan dasar luar kita kerana pemimpin lain menghormati negara ini,” ujar Fawaz.

“Walaupun Trump dilihat tidak begitu menekankan mengenai diwujudkan keamanan di Timur Tengah, Fawaz berharap parti Republikan pimpinan Trump akan menguruskan ekonomi AS dengan lebih baik,” katanya. -Agensi/– HARAKAHDAILY 6/11/2024

– Advertisement –

Scroll to Top