Umat Islam di Singapura sambut Aidiladha pada 7 Jun – Mufti

Umat Islam di Singapura sambut Aidiladha pada 7 Jun – Mufti
Umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun ini.

Umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun ini.

SINGAPURA – Umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun ini, Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir mengumumkan pada Selasa.

Beliau berkata, berdasarkan kiraan falak, anak bulan tidak kelihatan di atas ufuk Singapura selepas matahari terbenam pada petang Selasa.

Sehubungan itu, 28 Mei adalah hari ke-30 dan terakhir bagi bulan Zulkaedah.

“Oleh itu, bulan Zulhijah 1446H akan bermula pada Khamis (29 Mei). Ini bermakna Hari Raya Aidiladha akan jatuh pada 7 Jun,” katanya dalam kenyataan.

Nazirudin turut mengajak umat Islam memanfaatkan kesempatan dalam hari-hari mulia bulan suci ini untuk memperbanyak ibadah dan berdoa demi keselamatan jemaah haji serta semua yang tertindas, khususnya di Gaza, Palestin.

“Selamat menyambut kedatangan bulan Zulhijah dan Aidiladha kepada semua umat Islam di Singapura,” tambahnya. – Bernama

Scroll to Top