Umat Islam disaran solat hajat, Qunut Nazilah demi keselamatan Gaza, Asia Barat

Umat Islam disaran solat hajat, Qunut Nazilah demi keselamatan Gaza, Asia Barat

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Umat Islam di seluruh negara diminta mengadakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah demi keselamatan di Gaza dan Asia Barat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, mengeluarkan arahan itu susulan tindakan Amerika Syarikat (AS)- Israel memulakan operasi pertempuran besar di Iran.

“Saya menyeru umat Islam seluruh negara membaca Qunut Nazilah dan Solat Hajat demi keamanan Gaza dan Asia Barat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Media melaporkan, Iran melancarkan gelombang baharu serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan Israel serta pangkalan tentera AS di rantau Asia Barat.

Media kerajaan menyatakan serangan terbabit dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan besar-besaran sebelum ini yang mengorbankan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Berdasarkan laporan itu, sebanyak 27 pangkalan tentera AS di rantau berkenaan menjadi antara sasaran utama, selain ibu pejabat ketenteraan Israel serta kompleks industri pertahanan di Tel Aviv.

Serangan terbaru itu menandakan peningkatan ketara konflik di Asia Barat ketika ketegangan antara Iran, AS dan Israel terus memuncak susulan siri serangan balas yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top