Muhammad Saufi Hassan
BUMI Palestin terus menerima syuhada khususnya kepada pimpinan utama Hamas apabila awal minggu ini, Ketua Utama Hamas, Yahya Sinwar dilaporkan terkorban dalam satu serangan tentera rejim Zionis.
Untuk rekod, Sinwar dinamakan Ketua Utama kumpulan itu pada 6 Ogos lalu sebagai pengganti kepada bekas ketua politik, Ismail Haniyeh, yang dibunuh di Tehran, Iran pada 31 Julai lalu.
Berdasarkan laporan media antarabangsa, Israel mendedahkan satu rakaman video memaparkan barangan milik pemimpin Hamas itu selepas beliau syahid akibat dibunuh pada Khamis lalu.
Antara barangan yang dijumpai ialah buku doa, tasbih, jam tangan, pita pelekat, gula-gula dan beberapa barangan lain.
Barangan tersebut ditemui bersama jasad Sinwar di Tal-Al-Sultan, Rafah di Gaza Selatan.
Begitulah kehidupan seorang pejuang, makan serta tidurnya tidak teratur malah kematian untuk pejuang itu sudah pasti.
Ibrah yang boleh diambil daripada pemergian Sinwar adalah bagaimana kita semua bakal mengakhiri kehidupan kita, sama ada kita mati dalam keadaan baik iaitu dalam usaha memperjuangkan serta memartabatkan agama Islam atau sebaliknya.
Pastinya, umat Islam diajar untuk tidak takut akan kematian malah mencintai akhirat dengan sepenuh hati kerana dunia ini bersifat sementara dan kehidupan yang kekal adalah selepas ini.
Biarpun semua umat Islam meratapi kekejaman yang berlaku terhadap bumi penuh keberkatan itu, namun kemenangan untuk agama suci ini pasti akan menjelma.
Hadis itu turut memberikan khabar gembira atas kemenangan orang Islam dan penghujung kekejaman bangsa Yahudi.Â
Malah, bantuan kepada orang Islam turut diberikan oleh makhluk alami. Bukan sahaja batu-batuan, bahkan dalam riwayat lain turut disebut pepohonan juga memberikan pertolongan kepada umat Islam.Â
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kiamat tidak akan terjadi hinggalah kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin dapat membunuh mereka hinggakan orang Yahudi akan bersembunyi di balik batu dan pohon, lalu batu atau pohon itu berkata, ‘Hai Muslim, hai hamba Allah, ini orang Yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah dia’ kecuali pohon gharqad (sejenis pokok renek) kerana ia adalah pohon Yahudi.” (Riwayat Muslim)
Apa yang menghairankan, meskipun golongan Yahudi tidak beriman dengan Nabi SAW, terdapat sumber berita melaporkan bahawa rejim Israel melaksanakan projek penanaman pohon gharqad secara meluas seluruh tanah jajahan mereka. Â Â
Jika benar laporan itu, ia menunjukkan orang Yahudi mempunyai sikap amat prihatin terhadap apa jua kemungkinan yang boleh menggoyahkan kekuatan bangsa mereka walau sekecil mana sekalipun menurut pandangan mereka sendiri.
Apa-apa pun, sebelum tiba masa itu umat Islam perlulah terlebih dahulu menginsafi realiti masa kini betapa lemahnya perpaduan antara negara umat Islam.Â
Rakyat Palestin tidak pernah duduk diam melihat semua penindasan dan kekejaman ini.Â
Sudah sekian banyak jiwa yang terkorban dan gugur syahid dalam menentang penjajahan tersebut, meskipun mereka hanya bersenjatakan batu.Â
Menyaksikan kegigihan dan kekentalan perjuangan rakyat Palestin ini, elok kita renungi beberapa hadis yang penulis kira mungkin mempunyai kaitan cukup signifikan dengan apa yang berlaku di sana.
Antaranya, hadis Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ada satu kelompok daripada umatku yang sentiasa zahir di atas agama ini dan mampu mengalahkan musuh mereka. Tidak akan dapat memudaratkan mereka sesiapa yang menentang mereka melainkan kesempitan hidup yang menimpa mereka, sehinggalah tiba perintah Allah (hampirnya Hari Kiamat) dan mereka tetap seperti demikian”. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, di manakah mereka itu? Rasulullah SAW menjawab: “Di Baitul Maqdis dan di pinggir-pinggir Baitul Maqdis.” (Riwayat Ahmad dan al-Tabarani. Hadis hasan)
Dalam hadis Abu Hurairah RA pula diriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Ada satu kumpulan daripada umatku yang sentiasa berperang di pintu-pintu Dimasyq dan kawasan sekitarnya, serta di pintu-pintu Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya. Tidak akan dapat memudaratkan mereka pemulauan orang yang memulaukan mereka. Mereka tetap zahir di atas kebenaran sehinggalah berlakunya Hari Kiamat.” (Riwayat Abu Ya’la dan al-Tabarani dengan sanad daif) Â Â
Tidak mustahil jika perjuangan rakyat Palestin ini adalah mata rantai yang menyambung kepada kemunculan semula pusat pemerintahan khilafah Islam di Baitul Maqdis suatu masa nanti, sepertimana hadis ‘Abdullah bin Hawalah al-Azdi RA yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah meletakkan tangan baginda di atas kepalanya lalu bersabda: “Wahai anak Hawalah, apabila engkau melihat khilafah telah turun di bumi yang disucikan (Baitul Maqdis), maka sungguh sudah dekatlah bencana gempa bumi, malapetaka serta perkara-perkara besar. Pada saat itu, Hari Kiamat lebih dekat kepada manusia daripada tanganku ini dengan kepalamu.” (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Hakim, kata beliau: Sahih sanadnya) Â
Untuk kembali gemilang, umat Islam perlu membina kembali asas kekuatan dan kesatuan mereka yang sebenar, iaitu keimanan dan ketakwaan yang sempurna kepada Allah SWT.Â
Tanpa asas yang kuat, semangat individual secara semberono hanya akan menatijahkan hasil sia-sia, malah mudah dimanipulasi oleh musuh bagi memburukkan pula imej ajaran Islam yang cukup indah.
Penulis wartawan Harian Metro
© New Straits Times Press (M) Bhd