Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz menjelaskan tindakan ibunya, Siti Hafizah menutup wajah bekas isteri, Bella Astillah dalam gambar keluarga yang tular adalah tidak disengajakan.
Memetik BH Online, Aliff berkata enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang mengeruhkan keadaan tambahan pula itu adalah rumah milik ibu dan bapanya.
BACA: Aliff Aziz Gembira Bella Astillah Dah Bertunang, Doakan Kekal Bahagia
Kata Aliff lagi, setiap individu ada pendapat mereka masing-masing dan terpulang dengan apa yang diperkarakan mengenai perkara itu.
“Perkara itu rasanya tidak sesuai untuk saya kongsi. Salah satunya, rumah itu milik ummi dan ayah. Maka, terpulanglah kepada mereka untuk letak hiasan dimahukan di kediaman terbabit. Saya juga tidak mempertikaikan tindakan orang ramai untuk membuat apa-apa andaian dan sebagainya.
“Apa yang pasti, tindakan itu bukan disengajakan. Ketika itu, kami sedang buat ulasan makanan. Tidak sangka ada yang banyak masa untuk ‘freeze frame’ dan sebagainya.
“Seperti saya katakan, saya tidak boleh komen banyak… Itu rumah ummi dan ayah. Tetapi, saya tahu setiap orang ada pendapat terhadap perbuatan orang lain. Jadi, terpulanglah kepada mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff berkata dia enggan memberi komen mengenai isu foto keluarganya itu kerana bimbang pelbagai kata hinaan akan dilemparkan dan ketika ini dia hanya mahu perbaiki diri.
“Kalau saya cakap macam ini, orang kata tunggang agama pula. Kalau tidak komen nanti, dikatakan hanyut dan sebagainya.
“Sekarang fokus saya adalah untuk bangkit semula. Cukuplah benda bodoh yang saya sudah buat sejak usia belasan tahun. Sekarang, saya hanya ingin perbaiki diri.
“Saya tidak mahu fikir mengenai cakap-cakap orang terhadap saya. Jika tidak, sampai bila-bila pun saya tak mampu bangkit,” katanya.
Sumber: BH Online



