Umie Aida Didenda RM1,000 Gara-Gara Sebiji Buah Epal | Trending – Oh! Media

Umie Aida Didenda RM1,000 Gara-Gara Sebiji Buah Epal | Trending – Oh! Media

Trending

Terlupa epal dalam beg, Umie Aida didenda RM1,000 di imigresen New Zealand! Kisah penuh dan pengajaran penting untuk pengembara di sini.


Pelakon tersohor tanah air, Datin Seri Umie Aida berkongsi insiden yang tak disangka berlaku kepadanya semasa melancong ke New Zealand dengan hanya kerana sebiji buah epal!

Dalam perkongsiannya di Threads, Umie mendedahkan beliau telah dikenakan denda sekitar RM1,000 (NZD$400) selepas pihak imigresen mengesan epal dalam beg tangannya.

“Saya terlupa terus tidur dalam kapal terbang” – Umie Aida

Kata Umie, dia sebenarnya tidak membawa apa-apa makanan dari Malaysia untuk mengelakkan sebarang masalah imigresen. Namun, cerita bertukar apabila beliau mengambil sebiji epal ketika berada di lounge.

Saya ambil sebiji epal untuk dimakan dalam kapal terbang sebelum tidur… terlalu keletihan saya terus tertidur dan terlupa tentang epal tu.

Malangnya, buah tersebut masih berada dalam beg tangan ketika tiba di lapangan terbang New Zealand, sekali gus membawa padah apabila beg beliau diimbas dan epal itu dikesan.

Mereka imbas beg dan terjumpa epal dalam beg saya. Jadi kena bayar denda $400 (RM1,000).

Ramai pernah kena situasi sama

Umie Aida

Perkongsian Umie Aida telah mendapat perhatian ramai netizen, termasuk mereka yang pernah melalui pengalaman hampir serupa di negara luar.

Rata-rata memberi sokongan dan turut menjadikan kisah ini sebagai peringatan buat semua agar lebih berhati-hati apabila melancong ke negara yang punya undang-undang ketat.

Pssttt! Walau sekecil mana pun barang makanan, jangan ambil mudah bila melancong ke luar negara. Undang-undang biosekuriti negara luar sangat ketat. Pastikan beg kosong dari sebarang makanan, epal pun boleh bawa padah!

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top