Pelakon dan penerbit tersohor, Erma Fatima dikhabarkan mengalami tekanan darah tinggi hingga membuatkan adiknya, Umie Aida berasa risau akan tahap kesihatan kakaknya itu.
Menerusi sepotong video pendek yang dimuat naik di TikTok, Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, meluahkan rasa bimbang kerana Erma dikatakan kurang pandai menjaga diri dan sering mengabaikan kesihatannya.
“Kakak kita ni degil sikit. Tak reti jaga kesihatan. Makan dan tidur pun selalu lambat, asyik kerja je.
“Sebelum datang ke New Zealand, tekanan darah dia tinggi. Risau kita!” katanya.
Tak cukup dengan itu, Umie sempat berseloroh mahu mencarikan jodoh buat Erma agar kehidupnya lebih teratur, seimbang dan sihat.
“Rasanya saya kena carikan dia jodoh supaya gaya hidup dia lebih teratur.
“Ada sesiapa yang masih bujang atau duda yang available?” seloroh Umie sambil ketawa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menitipkan doa agar Erma Fatima diberikan kesihatan yang baik .
Malah, ada juga yang berseloroh mahu menjodohkan aktor popular Fattah Amin sebagai calon paling sesuai buat pengarah drama rantaian popular TV3, Keluarga Itu.
Kakak kita ni degil sikit. Tak reti nak jaga kesihatan. Makan & tido selalu lambat. Asik kerja.. kerja. Sebelum dtg NZ blood pressure tinggi. Risau kita. Rasanya saya kena carikan dia jodoh. Supaya teratur sikit gaya hidup sihat. Ada sesiapa yang masih bujang atau duda yg available ? 😁