Umisya terima poligami dan berdamai 

Umisya terima poligami dan berdamai 

am@hmetro.com.my

 

Kuala Lumpur : Madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim iaitu Umisya Mazlan menjelaskan hubungan mereka tidaklah seakrab seperti yang dimuat naik oleh pempengaruh media sosial itu.

Umisya menerusi perkongsian yang dimuat naik berkata, mereka bagaimana pun tidak bermasam muka mahu pun bermusuh.

“Assalammualaikum, ramai yang ‘direct message’ (DM) saya tanya mengenai hantaran ini dan pihak media pun dah mula keluarkan ‘headline’. Sehinggakan ada yang cakap ‘marketing’, nak nampak mulia, nak raih populariti, nak nampak tersakiti, Allahu.

“Gambar ini diambil sebelum tular, yang di mana ketika saya dan Marissa sudah pun berbaik. Sebab? Misya terima poligami ni dan dengan apa yang jadi. Kami pun berdamai. 

“Tapi lepas tular mengenai kisah nikah ni, segalanya berubah, ada sedikit berbalah dan kami mula meletakkan had yang mana masing-masing buat hal sendiri.

“Saya tak pernah cakap kami bermusuh. Cuma situasi kami sekarang bukan seperti yang digambarkan menerusi video ini. Mungkin suatu hari nanti Marissa hendak berbaik dengan saya kan?,” tulisnya.

Menurut Umisya, kontroversi yang ditimbulkan oleh satu jenama pakaian itu juga tidak seharusnya berlaku. Malah, dia meminta semua pihak menghormati sensitiviti situasi mereka.

“Mungkin Marissa rindu, selamat hari raya marissa, lama kita tak berhubung. Maaf zahir dan batin ikhlas dari saya. 

“Saya balas dengan IG story jugalah penjelasan ni ya, sebabnya saya pun taktahu menahu Marissa post story kita. Takda contact or perbincangan setakat ni,” tulisnya lagi.

Aslam dan Marissa berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Kisah pasangan ini tular apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Umisya.

© New Straits Times Press (M) Bhd