Umno Kelantan putus hubungan dengan PPBM, kata pendirian Ketereh ‘terpencil’

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

PETALING JAYA: Umno Kelantan mengumumkan ia memutuskan hubungan dan kerjasama dengan PPBM, sebagaimana usul yang diluluskan dalam 12 daripada 13 bahagian.

Ia juga mengumumkan pendirian Umno Ketereh pimpinan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa, yang akan menghantar surat kepada presiden parti menyatakan ketetapannya untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional, adalah “kes terpencil” kerana tidak melalui Umno Kelantan.

“Umno Kelantan tetap dan terus bersolidariti,” kata Setiausaha Akbar Salim dalam kenyataan.

BERITA LANJUT MENYUSUL