UMNO Pahang kecam kenyataan biadab Yeo Bee Yin

UMNO Pahang kecam kenyataan biadab Yeo Bee Yin

am@hmetro.com.my

Kuantan: UMNO Pahang mengecam kenyataan biadab Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang secara terbuka meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata tindakan itu bukan sahaja tidak wajar, malah mencerminkan keangkuhan politik serta ketandusan adab dan sensitiviti yang menyentuh perasaan terutama ahli keluarga Najib serta ahli UMNO.

Katanya, keputusan mahkamah tidak seharusnya dijadikan pentas sorakan politik murahan.

“Meraikan keputusan tersebut dengan ejekan dan sindiran adalah perbuatan yang hanya menampakkan ketidakmatangan dan kekeringan nilai seorang wakil rakyat.

“Jika mahu berkawan, berkawanlah dengan adab dan keikhlasan, bukan dengan ejekan kosong yang akhirnya menyebabkan diri yang begitu angkuh tenggelam dalam kesombongannya sendiri.

“UMNO Pahang akan terus berdiri teguh, tidak goyah dan tidak sesekali berundur dalam memberikan sokongan serta meneruskan usaha mencari keadilan buat Datuk Seri (Najib),” katanya dalam kenyataan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top