UMNO tarik serta-merta sokongan terhadap Muhyiddin

UMNO tarik serta-merta sokongan terhadap Muhyiddin

bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR : Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan parti itu menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkuat kuasa serta-merta.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, keputusan itu dipersetujui bersama selepas UMNO mendapati Muhyiddin gagal terutama dalam mengurus ekonomi negara, pandemik COVID-19 dan bantuan kepada rakyat.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online sebentar tadi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top