Melihat warga emas yang sudah sepatutnya berehat di rumah masih bertungkus-lumus bekerja untuk keluarga pasti membuatkan kita berasa sebak.
Tulang empat kerat itulah yang masih gigih dikerah untuk mendapatkan upah bagi menyara keluarga di rumah.
Hal ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna TikTok yang juga pemandu lori dikenali sebagai @yohngoh apabila memuat naik video beberapa orang uncle yang sudah berusia menurunkan barang dari lori dengan kudrat mereka sendiri.
@yohngoh Reply to @aku_joe #TheKeyWhatAttack #AnakTerengganu #TheRealLifeTruckers #AyohNgoh #HotlinkEverydayCEO #TololMolek #anakperantautruckers🇲🇾 #LTS #fyp
Menurut pengguna TikTok itu lagi mereka membuat kerja sehingga baju yang dipakai basah lencun dan tidak membawa air ketika sedang menurunkan kotak-kotak berisi barangan dari lori berkenaan.
Jadi, @yohgoh mengambil keputusan memberikan air kepada mereka dan uncle-uncle berkenaan bersungguh-sungguh mengucapkan terima kasih kepadanya.
Situasi tersebut membuatkan pengguna TikTok itu berasa sebak dan memalingkan badan agar tidak kelihatan air mata semasa menyaksikan kesungguhan mereka bekerja.
Perkara berkenaan juga diakui oleh warganet yang rata-rata turut berasa hiba melihat mereka yang sudah berusia masih gigih mengerah kudrat mencari nafkah.
Melalui ruangan komen, mereka telah mendoakan agar segala urusan warga emas berkenaan dipermudah dan memperoleh rezeki yang melimpah-ruah.
Sumber: TikTok @yohngoh