
Serangan ganas AS-Israel yang telah memusnahkan struktur di Teheran.
NEW YORK – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sekali lagi berat sebelah apabila gagal memberi respons tegas terhadap kempen pencerobohan dilancarkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran sebaliknya ia hanya menumpukan serangan balas Teheran yang bertujuan untuk mempertahankan negara itu.
Resolusi 2817 yang dibentangkan Bahrain bagi pihak Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang ditaja bersama 135 negara pada Rabu itu mewakili salah satu sokongan terbesar untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Sebanyak 13 daripada 15 negara anggota UNSC mengundi resolusi tersebut yang mengecam sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu dan dron ke atas negara Teluk yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa serta mengancam keselamatan dan keamanan antarabangsa.
China dan Rusia bagaimanapun mengambil pendirian berkecuali serta enggan menggunakan kuasa veto mereka.
Duta Iran ke PBB, Amir-Saeid Iravani dalam satu kenyataan meluahkan rasa kesal atas sikap tidak adil komuniti antarabangsa.
“Keputusan itu jelas menunjukkan UNSC menyalahgunakan mandat yang diberikan kepada mereka sedangkan AS yang memulakan perang ganas dan menyasarkan rakyat kami termasuk membunuh Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei,” tegasnya. – Agensi



