Pelakon, Uqasha Senrose tampil mempertahankan gelaran Datuk yang diterima oleh adik iparnya, Hafez Halimi.
BACA: “Lawanya Kembali Bertudung” – Nelydia Senrose Kini Bergelar Datin
Ini susulan tuduhan segelintir netizen kononnya gelaran yang diterima suami kepada Nelydia Senrose itu dibeli.
“Suami dia memang seorang usahawan”

Menurut Uqasha, gelaran itu bukan sewenang-wenangnya diberi kerana Hafez sememangnya aktif dalam dunia keusahawanan dan banyak menyumbang kepada pembangunan, terutama dalam sektor perumahan.
Pihak yang dapat gelaran Datuk adalah suami dia (Nelydia) dan automatik Datinlah (gelaran untuk adik). Jadi, apabila saya baca ada yang cakap Datuk (pingat) ‘beli’ dan sebagainya, apa yang saya boleh cakap, suami dia memang seorang usahawan.
Lebih mengejutkan, Uqasha turut mendedahkan bahawa Hafez memiliki darah keturunan kerabat Terengganu dan terlibat secara langsung dalam pelbagai projek pembangunan.

Jadi memang layaklah Hafez mendapat gelaran Datuk itu kan. Secara automatik, Nelydia sebagai isteri bergelar Datin.
Pssttt! Jika benar individu tersebut banyak menyumbang kepada pembangunan negara, maka gelaran itu adalah satu penghargaan yang wajar.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.