Usaha Berdamai dengan Anak Tiri Gagal, Nora Ariffin Dakwa Reputasi Terjejas

Usaha Berdamai dengan Anak Tiri Gagal, Nora Ariffin Dakwa Reputasi Terjejas

Penyanyi Datuk Nora Ariffin dan suaminya, Dr. Rushdi Ramli, menyatakan bahawa mereka telah berusaha dengan pelbagai cara untuk berdamai serta memperbaiki hubungan dengan isteri pertama dan anak tirinya.

Menurut Nora, mereka telah mencuba beberapa kali untuk mengatur pertemuan dengan isteri pertama, Rose, dan anaknya, Alia Rushdi, seperti yang disarankan oleh suaminya.

“Saya dan suami sudah menyerahkan surat kepada Alia bagi jemputan untuk sesi mediasi, penghujung tahun lalu. Mediasi ini ditetapkan untuk menyelesaikan masalah dengan cara terhormat.

“Namun, Alia tidak hadir dan mengendahkan mediasi yang ditetapkan,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Nora turut mendakwa bahawa sejak 2019, Alia sering memuat naik kenyataan di media sosial yang menjejaskan reputasinya dan mencetuskan kebencian dalam kalangan masyarakat terhadap dirinya.

“Terdapat pernyataan diterbitkan oleh Alia yang menjejaskan promosi Konsert Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey) dan penjualan tiket.

“Lanjutan itu, saya menerima pelbagai tohmahan tidak berasas dan kebencian melampau daripada masyarakat sehingga menjejaskan reputasi serta kerjaya sebagai penyanyi yang sudah berkecimpung dalam industri muzik sejak 1991,” dakwanya.

Sebagai langkah untuk menangani perkara ini, Nora menyatakan bahawa pada 4 Februari tahun lalu, satu notis tuntutan telah diserahkan kepada Alia melalui peguam Tetuan Sarah Ali & Co.

Namun, menurut Nora, Alia hanya memberikan maklum balas pada 4 Februari lalu dengan menyatakan kesediaan untuk memadam kenyataan di media sosial atas permintaan Dr. Rushdi dan menyatakan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengannya.

“Bagaimanapun, tiada permohonan maaf atau sebarang pampasan yang dibuat oleh Alia.

“Balasan itu amat mengecewakan kerana saya sudah terlalu lama mengalami kesan buruk dan kerugian akibat kenyataan yang diterbitkannya,” katanya.

Sebelum ini, Nora mendedahkan bakal memohon cerai buat kedua kali terhadap suami, Ustaz Dr Rushdi Ramli bagi menuruti permintaan anak tirinya.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Nora yang secara terbuka telah memohon maaf kepada anak tirinya bersama madu, Ustazah Rose dalam satu kenyataan dimuat naik di IGs miliknya pada malam, Ahad.

Artikel Berkaitan: Dedah Bukti Dihina Oleh Anak Tiri, Nora Ariffin Buntu Suami Enggan Lepaskan – “Mungkin Kalau Saya M*ti Baru Dua Beranak Ni Puas Hati”

Artikel Berkaitan: “Saya Sedang Pujuk Ustaz Ceraikan Saya, Selepas Ini Ustazah Rose Akan Kembali Monogami” – Nora Ariffin Bakal Berpisah Kali Kedua?

Sumber: Berita Harian

Scroll to Top