Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa bangga apabila usahanya untuk mendapatkan berat badan ideal akhirnya membuahkan hasil.
Kata Uyaina, aktiviti berjalan di atas ‘walking pad’ yang dikongsikan menerusi hashtag #SudahJalanKaBelum kini menunjukkan hasil apabila dia kini hilang sebanyak 16 kilogram.
“Setiap hari saya akan #SudahJalanKaBelum atas my walking pad. Tapi lepas berat saya stagnant, saya change my routine a bit. Saya mula lari! Dan saya juga mula melakukan beberapa angkat berat.
“Setakat ini, saya dah hilang a total of 16 kilogram hanya dengan berjalan. And honestly, berjalan adalah senaman yang saya boleh buat setiap hari tanpa rasa penat. It’s kind to the knees & also to the heart,” kongsinya.
Dalam masa sama, ibu anak dua ini menegaskan agar sesiapa yang mahu menurunkan berat badan bolehlah bermula dengan melakukan aktiviti berjalan setiap hari tanpa gagal.
Tambahnya, dengan melakukan aktiviti seperti ini secara konsisten, bukan sahaja berat badan yang ideal yang akan diperolehi tetapi kulit wajah lebih sihat dan lebih bertenaga.
“Buat yang tengah struggle nak turunkan berat badan, cuba berjalan. Jalan je. Jangan fikir. Jangan malas. Jangan bagi alasan. Just walk.
“Anda akan nampak perubahan dari segi berat badan, inch loss, skin & most importantly, your mental health. I feel healthier & happier,” katanya.




