Pelakon dan usahawan, Neelofa teruk dikecam netizen yang menyifatkannya sengaja mengambil kesempatan terhadap keretakan rumah tangga Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini.
Menurut laporan Harian Metro, usahawan itu walau bagaimanapun menafikan perkara itu dan menjelaskan yang podcast bersama Nora Danish dan Natasha Ozeir itu telah dirakam pada Julai lepas.
Kalau korang tengok podcast itu, Neelofa ada mendedahkan yang dirinya tidak pernah keluarkan duit untuk keperluan rumah dan semuanya telah diuruskan suaminya.
Usahawan itu juga berkata yang suaminya tidak membenarkannya beli barangan keperluan dapur guna duitnya sendiri kerana percaya nafkah adalah tanggungjawab seorang suami.
Sewa rumah, bil air dan api, barangan dapur semua saya tak pernah sentuh sejak berkahwin dengan Haris. Itu suami yang kena sediakan.
Kadang-kadang saya beli susu anak atau pergi beli barangan dapur, dia akan tanya mana bil.
Kalau dia nampak saya beli barang dapur tapi tak minta dia duit, dia cakap jangan buat macam ni. Sebab dia kata itu bahagian dia, jadi dia yang kena bayar.
Usahawan itu juga berkata yang isteri juga boleh membantu dengan persetujuan bersama jika suami tidak mampu untuk menyediakan segala keperluan dalam poscast itu.
Katanya lagi, toleransi juga perlu ada kerana suami adalah ketua keluarga yang akan memimpin isteri dan anak-anak.
Kenapa perempuan kena ikut cakap suami, kena hormat suami? Sebab bila kita jadi anak perempuan, semua tanggungjawab adalah di atas bahu ayah kita.
Kemudian, seorang lelaki datang ambil kita (berkahwin), jadi rumah, makanan dan perlindungan semua tanggungjawab dia.
Jadi kita berhak menghormati dia untuk dia pimpin keluarga. Sebab itu kena tunduk kepada suami.
Walau bagaimanapun, perkongsian daripada podcast itu dikatakan telah menimbulkan perasaan kurang senang terhadap sesetengah pihak setelah dikongsikan beberapa portal dan akhbar.
Bukan tu jer, sampaikan ada seorang usahawan ini turut meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan Neelofa kerana merasakan ianya seolah-olah menyindir Fazura.
Ianya juga buatkan pengikut usahawan itu turut mengecam Neelofa padahal mereka tidak lihat fakta sebenar rakaman podcast itu dibuat.
Perkongsian daripada Neelofa, Nora Danish dan Natasha Ozeir dalam poscast itu adalah untuk berkongsi pengalaman dan ilmu kepada semua dan bukanlah untuk menyindir mana-mana pihak. Mereka pun dah kata rakaman tersebut telah dibuat pada Julai lepas, siap tunjuk bukti lagi.
Korang pun janganlah tahu kecam jer tanpa menyelidik fakta sebenar!





