Pelakon wanita, Zara Zya anggap kenyataan seorang usahawan Datuk Seri Khazrul Elzey yang mahu menjadikan selebriti itu sebagai isteri agak keterlaluan.
Zara Zya anggap keterlaluan
Menerusi hantaran di Threads, Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41 menganggap hubungan mereka hanya sekadar kenalan biasa dan baru sahaja berjumpa sekali atas urusan kerja.
“Sorry to say, this is too much. Saya tiada sebarang hubungan peribadi dengan individu yang digosipkan.
“Hubungan kami hanya sekadar kenalan biasa. Jumpa pun baru sekali,” tulisnya.

Zara Zya anggap itu urusan peribadi dia
Dalam pada itu, dia juga merasakan jika usahawan terbabit mempunyai perasaan terhadapnya ia langsung tidak ada kena mengena dengan kehidupannya.
“Jika pihak sana mempunyai perasaan, itu adalah urusan peribadi dia dan tiada kena mengena dengan saya,” ujarnya lagi.
Zara turut berharap agar segala gosip dan naratif tidak benar ini dihentikan kerana ia boleh menjejaskan reputasi serta keluarga.
Dia juga meminta supaya pihak media untuk bertanya langsung kepadanya dan bukan orang yang tiada kena mengena dengan industri.
“Saya harap dia dapat berhenti menyebarkan naratif yang tidak tepat kerana ia menjejaskan reputasi saya serta keluarga,” katanya.

Artikel lain: Bekas tunang Zarina Anjoulie mahu jadikan isteri, Zara Zya perjelas perjumpaan sekadar urusan kerja
Terdahulu, Khazrul Elzey memaklumkan tidak menolak untuk menjadikan Zara Zya isteri jika ditakdirkan bertemu jodoh.

Malah, bekas tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie itu turut memuji keperibadian Zara dan menyatakan kesediaannya untuk mengenali aktres tersebut dengan lebih dekat.
Walau bagaimanapun, Zara Zya memilih untuk tidak mengambil serius berhubung kenyataan usahawan tersebut.
Sumber: Threads zarazya




