Ustaz Kazim Elias Akui Terkesan, Pesan Agar Tidak Pukul Rata Isu Libatkan Agamawan | Trending – Oh! Media

Ustaz Kazim Elias Akui Terkesan, Pesan Agar Tidak Pukul Rata Isu Libatkan Agamawan | Trending – Oh! Media

Trending

Ustaz Kazim Elias tegur masyarakat agar tidak pukul rata isu agamawan terpalit kontroversi dan hormati proses mahkamah.


Pendakwah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias tampil memberikan reaksi terhadap polemik melibatkan segelintir golongan agamawan yang dikaitkan dengan pelbagai isu termasuk jenayah.

Menurut laporan Oh Bulan, Ustaz Kazim tidak menafikan beliau turut terkesan dengan situasi itu, namun menegaskan kesalahan yang berlaku adalah bersifat individu, bukan melibatkan keseluruhan agamawan.

Bohonglah kalau saya kata sebagai ustaz dan penceramah tidak terganggu atau terkesan dengan hal ini. Memang sedih sebab ada yang ikhlas dan betul-betul buat kerja.

“Kita tak boleh pukul rata” – Ustaz Kazim Elias

Ohmedia ustaz kazim caj mahal

Menurut Ustaz Kazim, masyarakat tidak seharusnya melihat kesalahan individu lalu menghukum seluruh kelompok.

Kita tak boleh nak pukul rata dan perlu berdoa supaya dakwah, sekolah-sekolah agama dan tahfiz terus berjalan dan tidak terkesan.

Beliau menegaskan bahawa setiap golongan ada isu dan aib masing-masing, cuma Allah SWT menutup aib manusia.

Kalau nak dikirakan, setiap golongan ada saja isunya. Semua ada aib masing-masing, untungnya kita sebab Allah tutup aib kita.

Hormati proses mahkamah, jangan cepat menghukum

Ustazkazimeliasbntarikdiiri

Dalam masa sama, Ustaz Kazim menasihatkan orang ramai agar tidak mudah menghukum, lebih-lebih lagi jika kes masih di peringkat perbicaraan.

Kalau benda itu di bawah kuasa mahkamah, kita hormat keputusan mahkamah. Kes yang baru di peringkat perbicaraan pun kita tak tahu.

Beliau turut mengingatkan bahawa hukuman dan ujian yang dilalui seseorang mungkin menjadi titik perubahan ke arah kebaikan.

Saya pernah berjumpa ada yang duduk dalam tahanan, mereka hafal Al-Quran dan menguasai agama.

Ustaz Kazim juga mengingatkan warganet agar lebih berhemah ketika meninggalkan komen dan tidak sengaja memanaskan isu.

Cuma nasihat saya jangan melampau-lampau mengkritik sehingga jatuh fitnah dan mengumpat. Jaga aib dan diri masing-masing.

Pssttt! Dalam menilai sesuatu isu, biarlah adil dan berhemah. Jangan kerana kesalahan individu, seluruh golongan dihukum tanpa belas dan pertimbangan.

Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top