Sebaik bergelar isteri pagi semalam, penyanyi dan pelakon Janna Nick terus mengadakan majlis resepsi di sebuah resort terkemuka di Langkawi pada hari yang sama.
Ramai rakan artis dan kenalan dilihat hadir ke majlis tersebut antaranya Nora Danish, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Elfira Loy, Nabila Razali, Ain Edruce serta pendakwah bebas popular, Ustaz Wadi Annuar.
Bagaimanapun, kehadiran Ustaz Wadi atau nama penuhnya Mohamad Wadi Annuar Ayub yang juga bertindak sebagai pembaca doa dalam majlis bertemakan taman itu mendapat pelbagai reaksi netizen.
Kredit: Instagram @fakhrulaizat
Rata-rata memberi pendapat bahawa Janna sepatutnya mempunyai ‘common sense’ jika mengundang agamawan, apatah lagi tampil dengan persalinan pengantin tidak menutup aurat selain segelintir rakan artis yang turut berpenampilan sama.
Mereka meninggalkan komen sedemikian dalam satu video yang dimuat naik oleh salah seorang tetamu majlis, @affendyjailani di aplikasi TikTok.
@affendyjailani #jannanick #jannanickerfans #dinischatzmann #jannakahwin #jannanicknikal #fyp #fypindonesia
Namun begitu, ramai juga individu bersikap positif menyifatkan kehadiran Ustaz Wadi adalah sekadar memenuhi jemputan sekali gus dapat memberkati rumah tangga Janna dan suami Dini Schatzmann.
Terdahulu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner dinikahkan oleh bapanya sendiri iaitu Muner Abdullah dan menerima mas kahwin RM2,703 serta seutas rantai emas.
Sumber: Instagram CST Production & Fakhrul Aizat, TikTok @affendyjailani