Ustaz Wadi Annuar Gembira Trend Joget Raya Semakin Tenggelam

Ustaz Wadi Annuar Gembira Trend Joget Raya Semakin Tenggelam

Oh! Islam

Trend joget raya makin kurang, Ustaz Wadi Annuar puji perubahan dan ingatkan peranan ibu bapa.


Ustaz Wadi Annuar tampil menegur trend joget raya yang tiap tahun berbangkit sebab libatkan kaum hawa. Isu ni memang pernah jadi perbualan hangat sebab ramai rasa ia kurang sesuai dengan nilai adab masyarakat kita.

Namun kali ini, Ohmedia nampak ada perubahan positif bila trend tersebut semakin kurang mendapat sambutan. Perkara ini turut disyukuri oleh beliau yang melihat masyarakat makin sedar tentang batas dan adab ketika menyambut Aidilfitri.

Trend joget raya semakin berkurangan

Menteri

Menurut perkongsian di Threads, Ustaz Wadi meluahkan rasa lega apabila fenomena joget raya dilihat makin tenggelam dan tidak lagi diikuti secara meluas seperti sebelum ini.

Baguslah semakin kurang yang terikut-ikut dengan trend joget raya. Biarlah trend ini semakin tenggelam.- Katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menekankan bahawa ibu bapa memainkan peranan besar dalam membentuk sahsiah anak-anak, terutama ketika musim perayaan yang penuh dengan aktiviti sosial.

Jika masih ada yang melakukannya, ibu bapa perlu menegur dan membimbing anak-anak supaya sentiasa menjaga adab serta maruah.- Katanya.

Ustaz Wadi pesan, adab dan budaya perlu dijaga

Apa yang cuba disampaikan sebenarnya bukan sekadar isu joget semata-mata, tetapi lebih kepada menjaga nilai adab dan budaya yang menjadi identiti masyarakat kita.

Ohmedia percaya, Aidilfitri adalah masa untuk eratkan silaturahim dan meraikan kemenangan selepas berpuasa, jadi penting untuk kita semua kekalkan suasana yang sopan dan penuh hormat.

Pssttt! Korang bebas je nak berkongsi kegembiraan raya, tapi jangan sampai lupa batas dan adab. Seronok tu boleh, tapi biar kena dengan budaya kita. Jangan ikut trend semata-mata, fikir dulu baik buruknya.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top