Ustaz Wadi pertahan tak pernah jumpa Exco, dipelawa mohon tauliah

Ustaz Wadi pertahan tak pernah jumpa Exco, dipelawa mohon tauliah

KUALA LUMPUR – Ustaz Wadi Annuar Ayub sekali lagi menafikan pernah mengadakan perjumpaan dengan Exco Agama Islam Perlis dan dipelawa memohon tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri.

Disebabkan itu, beliau membuat penafian dalam kenyataan rasmi baru-baru ini.

 

“Kenapa saya nafikan. Ia berdasarkan kenyataan akhbar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs). Kenyataan itu menyebut Jabatan Mufti Negeri Perlis yang mengeluarkan tauliah manakala JAIPs melaksanakan penguatkuasaannya.

“Dalam hal ini, melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam negeri, pihak berkenaan (Ustaz Wadi Annuar) sudah ditawarkan, dipelawa memohon tauliah kerana kita akan nilaikan dahulu, jadi dia mohonlah dahulu tauliah itu.

“Dalam hal ini, melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam negeri, pihak berkenaan (Ustaz Wadi Annuar) sudah ditawarkan, dipelawa memohon tauliah kerana kita akan nilaikan dahulu, jadi dia mohonlah dahulu tauliah itu. (Perenggan kedua dalam kenyataan).

“Kita hendak tengok juga siapa yang dia hendak ceramah tetapi dia enggan malah semasa dua kali perjumpaan bersama JAIPs juga ditegaskan supaya minta tauliah terlebih dahulu. Tetapi beliau tetap juga enggan dengan alasan tersendiri seperti ceramah itu dilakukan di premis peribadi dan sebagainya,” katanya.

Penceramah agama itu menekan, perjumpaan dua kali bersama JAIPs inilah yang tak berlaku.

“Persoalannya bila saya jumpa Exco dan jabatan agama, majlis mana. Mungkin jumpa orang lain. Tetapi disebabkan  akhbar sebut nama saya, saya nafikan benda tu.

“Saya tak pernah ditawarkan tauliah, sebanyak dua kali tu…. bersama Exco, JAIPs lagi, maka itu yang saya nafikan dalam kenyataan rasmi saya.

Sebab itu saya nafikan tawaran permohonan tauliah dalam majlis tersebut (pertemuan dengan Exco). Itu sahaja yang saya hendak jelaskan,” soal Ustaz Wadi Annuar melalui instagram.

Katanya, beliau membuat penjelasan lanjut kerana enggan berburuk sangka.

“Berbeza pendapat boleh tapi jangan sampai cipta fitnah, tuduhan sesama kita,” ujarnya.

Isu ini tercetus selepas JAIPs menyerbu Program Solat Tarawih dan Sembang Santai di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, Kampung Abi, Padang Machang, baru-baru ini kerana Ustaz Wadi Annuar mengajar tanpa tauliah.

Oleh itu, JAIPs akan memanggil Ustaz Wadi Annuar untuk diambil keterangan pada 17 April ini. – MalaysiaGazette

Scroll to Top