Drama lakonan pelakon hebat, Uqasha Senrose dan Zul Ariffin yang sedang rancak ditayangkan di salah sebuah stesen televisyen mendapat teguran hebat daripada orang ramai termasuklah pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun.
Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Asma’ merasakan drama tersebut sangat memalukan lebih-lebih lagi menjelang Ramadan.
Uqasha & Zul Ariffin terima teguran
Ujarnya lagi, beliau tidak menonton drama tersebut, namun sedutan-sedutan serta dialog dari potongan video yang tular kerap melintas di media sosial.
“Drama tak bermoral dan ala ala ‘soft porn’ seperti ini makin menjadi-jadi, lagi bila kita sudah di ambang Ramadan, ia amat memalukan dan meloyakan.
“Saya tak tengok drama ini, cuma sedutan pendeknya asyik melintas je di medsos, dengan dialog dan adegan ke arah layan bayangan ‘Bisikan Hawa Nafsu Asmara’. Sebenarnya apa mesej baik nak disampaikan?” ujarnya.

Dialog drama lakonan Uqasha & Zul Ariffin memalukan
Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan jalan cerita drama tersebut dan pengajaran yang diperoleh apabila menayangkan adegan sebegitu.
“Nak cerita bagaimana curang dan sondol tu bermula? Nak didik masyarakat supaya jangan curang?
Atau nak bagi amaran kepada para penyondol? Atau lepas ni dua dua menyesal sebab akan ada kesudahan yang beri pengajaran?
Jadi penonton kena sabar dulu? Jangan judge jangan buat kesimpulan awal dan lain-lain,” ujarnya.

Tegas Ustazah Asma’ lagi, walau apapun tujuan drama tersebut, ia sama sekali tidak menghalalkan cara apabila terdapat adegan yang melibatkan sentuhan kepada bukan ajnabi.
“Dan untuk sampai kepada kesudahan dan mesej yang kamu rasa bagus itu, penerbit, pengarah, para pelakon yang muslim, yang dah faham hukum hakam bahawa Haram pegang, sentuh, peluk walau berlapik antara ajnabi (lelaki perempuan asing), apatah lagi tanpa berlapik dan semua ayat ayat ke arah Asmara Haram ni, semuanya adalah maksiat dan dosa.
Jelasnya apapun matlamat yang baik tidak menghalalkan cara yang haram,” ujarnya lagi.

Artikel lain: “Makan you jelah” – Dialog Zul Ariffin dikecam, netizen luah rasa jijik
Sebelum ini, drama lakonan Uqasha dan Zul Ariffin, Bisikan Asmara mendapat kritikan hebat daripada netizen apabila dialog disampaikan terdengar sangat tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila ditayangkan di stesen televisyen.
Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun




