Penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun, meluahkan rasa kecewa dengan tindakan anak seorang pempengaruh terkenal yang berpakaian mencolok mata, termasuk menampakkan pusat, terutama dalam bulan Ramadan.
Ustazah Asma’ Harun kecewa dengan pakaian tidak sopan

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau menyatakan bahawa individu tersebut seolah-olah berbangga dengan gaya pemakaian yang tidak sopan, walaupun mendapat kecaman daripada masyarakat.
Rupanya tidak, tanpa segan silu sama seperti si ibu, anak pula dipuji berpakaian nampak pusat, sendat, singkat dan ketat. Ditunjukkan secara terbuka, seolah bangga, walaupun semua komen adalah negatif, mereka tambah aktif.
Teguran bukan untuk menghina

Menurut Asma’, teguran ini bukan untuk merendahkan sesiapa, tetapi sebagai usaha untuk mencegah kemungkaran yang dilakukan secara terang-terangan.
Lebih mengejutkan, bukan hanya masyarakat Islam yang menegur, tetapi juga saudara bukan Islam yang turut mengecam perbuatan tersebut.
Beliau turut mengingatkan bahawa perbuatan mendedahkan maksiat secara terbuka adalah dosa besar yang lebih berat berbanding dosa yang dilakukan secara sembunyi.
Dosa yang dilakukan dalam bulan haram (mulia) lebih besar, sebagaimana amal kebaikan.
#ApaKataOhmedia
Sebagai umat Islam, kita seharusnya menjaga adab dan aurat, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan. Teguran itu tanda sayang, bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan keampunan Allah SWT.





