Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun mengigil apabila melihat ramai anak muda beragam Islam meniru trend ’S-Line’ sekaligus menjatuhkan maruah dan melondehkan aib sendiri.
Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Asma’ seolah kelas apabila ramai yang meniru tanpa rasa bersalah serta bangga dengan alasan menigkut trend.
BACA: “Tolong Fikir Sebelum Ikut Trend Ambil Duit Raya Kena Joget” – Ustazah Asma’ Harun
“Dasyatnya fitnah akhir zaman! Maksiat dan dosa bukan lagi disembunyikan, bahkan ditayang, disebar dan dibanggakan dengan alasan mengikut trend,” tulisnya.
Difahamkan, trend tersebut diinspirasikan daripada drama Korea Selatan dimana garis merah yang muncul di atas kepala seseorang itu kononnya menunjukkan dengan siapa dia pernah berhubungan intim.
Apa yang membuatkan pendakwah berkenaan terkejut adalah tindakan ramai anak muda Muslim meniru dan tanpa malu menyuntingnya dengan gambar sendiri dan filter seolah-olah mendedahkan hubungan peribadi mereka.
Sementara itu, pendakwah itu turut menitipkan nasihat kepada anak-anak muda diluar sana agar tidak mengikut trend berkenaan dan ianya perlu dihentikan.
“Trend ini adalah antara fitnah akhir zaman. Ia menghapuskan rasa malu, menjauhkan hati daripada takut kepada Allah.
“Jangan biarkan garis merah yang ditrendykan menjadi sebab maruah tergadai dan aib terbuka di hadapan Allah pada hari tiada tempat berlindung selain rahmat-Nya. Na‘uzubillahi min dzalik,” tulisnya.