Usul undi tidak percaya: PM Anwar cabar pembangkang – “Kalau mereka ada majoriti, silakan”

Usul undi tidak percaya: PM Anwar cabar pembangkang – “Kalau mereka ada majoriti, silakan”

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia berdepan dengan mencabar pihak pembangkang bagi mengemukakan usul undi percaya dibawa di Parlimen.

Usul undi tidak percaya

Menurut laporan Berita RTM, beliau yang juga Menteri Kewangan telah memaklumkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Johari Abdul bagi memastikan jika usul sedemikian dibentangkan, ia akan dibahaskan serta-merta.

Usul undi tidak percaya

Foto: Bernama

“Saya telah maklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, jika ada usul pada hari ini, iaitu hari pertama sidang Parlimen, saya sedia menunggu usul undi tidak percaya. Jika benar mereka mempunyai majoriti, silakan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Artikel lain: Muhyiddin bincang tubuh barisan rentas parti pula, niat satukan suara pembangkang

Usul undi tidak percaya

Foto: Bernama

Usul undi tidak percaya? Perlu dilaksana melalui proses

Sementara itu, Anwar menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menukar kerajaan perlu dilaksanakan secara beradab dengan melalui proses demokrasi, bukan sekadar tekanan jalanan yang boleh menggugat kestabilan negara.

Usul undi tidak percaya

Foto: Bernama

Untuk makluman, Perikatan Nasioal (PN) sedang giat menjayakan kempen Himpunan Selamatkan Malaysia: Turun Anwar yang akan diadakan di ibu negara, pada Sabtu ini.

Difahamkan, PN menyasarkan kehadiran sebanyak 300,000 peserta namun begitu, pihak polis menjangkakan kehadiran hanya membabitkan antara 10,000 hingga 15,000 peserta.

Sumber: Berita RTM

 

Scroll to Top