UTeM sambut baik kemasukan berperingkat pelajar

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

KUALA LUMPUR – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyambut baik saranan dan kenyataan yang telah umumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof. Ir Dr Ghazali Omar berkata, UTeM senada dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Jelas beliau, selari dengan hasrat KPT maka UTeM telah menggariskan panduan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang akan bermula pada bulan Oktober nanti.

Katanya, PdP di UTeM akan dilaksanakan menerusi kaedah hibrid termasuk secara dalam talian atau secara bersemuka bersesuaian dengan program akademik yang sedang diikuti oleh pelajar terbabit.

Pelajar yang dikategorikan berkeperluan akan diberi keutamaan seperti yang telah disenarai pendek oleh pihak fakulti sahaja yang dibenarkan mendaftar penginapan di Kolej Kediaman.

“Bagi pelajar yang berkeperluan dan tinggal di luar kampus pula boleh juga mengikuti PdP secara hibrid, dalam talian atau bersemuka mengikut kesesuaian kursus yang diambil.

“Sementara itu, bagi pelajar yang tidak kembali ke kampus pula mereka masih perlu mengikuti PdP secara atas talian mengikut kesesuaian kursus yang diambil,” ujarnya sewaktu memberi kenyataan berhubung perkembangan semasa kini.

Mengulas kemasukan ke kampus bagi tujuan PdP ini, beliau menyatakan ianya termaktub kepada golongan pelajar yang telah lengkap 2 dos vaksinasi di samping pematuhan penuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diperincikan.

Dr Ghazali berkata, dari aspek kadar vaksinasi bagi kelompok kalangan warga kerja UTeM pula, sehingga hari ini UTeM telah mencapai sebanyak lebih 91 peratus staf nya lengkap 2 dos suntikan vaksin.

Sehubungan itu pihak UTeM turut terus memantau secara lebih dekat para pelajarnya bagi proses melengkapkan 2 dos vaksinasi.

Menyentuh mengenai pengumuman oleh Datuk Seri Dr Noraini tadi berhubung pengurangan yuran sebanyak 20 peratus bagi semester 1 sesi akademik 2021/2022 kepada semua pelajar warganegara membuktikan KPT terus prihatin dan sentiasa cakna golongan mahasiswa.- MalaysiaGazette