Uyaisha Arshad Umum Hamil Anak Ketiga, Ini Yang Terakhir

Uyaisha Arshad Umum Hamil Anak Ketiga, Ini Yang Terakhir

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsikan berita gembira apabila mengumumkan bahawa dirinya sedang hamil anak ketiga.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Uyaina berkata dia sudah menyimpan berita itu sekian lama dan usia kandungannya kini sudah mencecah tiga bulan.

BACA: Uyaina Arshad, Suami Sambung Belajar Di Universiti Oxford

“Saya dah lama simpan rahsia ni. Saya sebenarnya sedang mengandung tiga bulan,” katanya.

Sementara itu, Uyaina berkata kehamilan kali ini tidak dirancang namun menerima dengan penuh kesyukuran. Malah Uyaina berkata ini kehamilan terakhir untuk menambah ahli keluarga.

“Kami memang tak rancang tapi ni semua pemberian dari Tuhan. Kami terima je dengan hati yang terbuka. Kalau ikut plan kami InsyaAllah ini yang terakhir,” katanya.

Uyaina dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Raja Urhan, 3 dan Raja Urayyan yang kini berusia setahun. 


Scroll to Top