Venus makin hilang bisa

MIAMI, Amerika Syarikat: Venus Williams tersingkir pada pusingan pertama saingan tenis Terbuka Miami di sini, hari ini selepas tewas kepada pemain Kazakhstan, Zarina Diyas.

Diyas mara ke pusingan kedua dan akan berdepan pemain Switzerland yang juga pilihan ke-11 Belinda Bencic selepas melengkapkan kemenangan 6-2, 7-6 (12/10) dalam tempoh 1 jam 28 minit di Stadium Hard Rock.

Kekalahan kepada pemain ranking ke-128 pada pusingan itu adalah paling awal buat pemain berusia 40 tahun itu di sini, sejak tampil kali pertama dalam kejohanan berkenaan pada 1997.

Selepas Diyas menang set pertama, Williams bangkit pada set kedua, mematahkan servis lawan dari Kazakhstan itu pada permainan ke-12 yang memaksa ‘tie break’.

Williams menyelamatkan tiga mata kemenangan untuk ke tie break tetapi memberikan Diyas mata kemenangan dengan dua ‘double’ yang melengkapkan kemenangan.

“Saya gembira dengan kemenangan ini, terutama berdepan legenda seperti Venus. Saya melihat gaya permainannya ketika masih kecil,” kata pemain berusia 27 tahun dari Almaty itu.

Keputusan pusingan pertama:

Perseorangan wanita –

Laura Siegemund (GER) mn Christina McHale (USA) 6-3, 7-5

Zarina Diyas (KAZ) mn Venus Williams (USA) 6-2, 7-6 (12/10)

Barbora Krejcikova (CZE) mn Anna Blinkova (RUS) 6-1, 3-6, 6-3

Magda Linette (POL) mn Robin Montgomery (USA) 6-1, 3-6, 6-0

Nadia Podoroska (ARG) mn Mayar Sherif (EGY) 6-3, 6-1

Shelby Rogers (USA) mn Madison Brengle (USA) 6-3, 6-3

Wang Xinyu (CHN) mn Rebecca Peterson (SWE) 6-2, 6-2

Kaia Kanepi (EST) mn Lauren Davis (USA) 6-3, 7-5

Paula Badosa (ESP) mn Jil Teichmann (SUI) 5-6 ditangguh

Arantxa Rus (NED) mn Marie Bouzkova (CZE) 6-3, 6-2

Sorana Cirstea (ROM) mn Katrina Scott (USA) 6-2, 6-2

Ajla Tomljanovic (AUS) mn Anastasia Potapova (RUS) 7-5, 6-0

– AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd