Versi AI tak mampu tandingi, Neelofa ‘original’ jauh lebih cantik

Versi AI tak mampu tandingi, Neelofa ‘original’ jauh lebih cantik

Hantaran pelakon yang juga usahawan terkemuka, Noor Neelofa atau mesra disapa Lofa sekali lagi menarik perhatian ramai, lebih-lebih berkongsi wajahnya dalam versi Kecerdasan Buatan (AI) sempena produk terbaharunya,

Tak sabar cipta & kongsi keunikan

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 34,, meluahkan hasratnya untuk menjadikan projek ‘Stamping Your Mark’ itu sebagai penerus kepada impak atau legasi yang mempunyai keunikan tersendiri.

“Buat perubahan, capai yang tidak terbayang, sumbang kepada komuniti dengan cara meninggalkan kesan berpanjangan, tinggalkan ia jauh lebih baik berbanding ketika anda menjumpainya. 
“Sebuah legasi yang menjadi cerminan kepada keunikan, bakat, dan sumbangan untuk dunia, sesuatu yang membezakan kamu serta akan diingati orang lain.
“Saya tidak sabar untuk tunjuk kepada anda semua keseluruhan koleksi,”tulisnya di ruangan hantaran tersebut.

Cantiknya! Lepas rindu nak tengok wajah

Meninjau di ruangan komen, perkongsian itu jelas sekali mengubat kerinduan peminat untuk melihat wajah cantik bekas pengacara MeleTOP selepas dia memutuskan untuk berniqab pada Oktober 2020.

Malah, dia yang juga isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz sendiri mengesahkan dirinya sudah berpurdah atau berniqab.

Dia juga turut memohon semua  pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.

NeelofaNeelofaNeelofa

Artikel lain: Tampil imej berniqab, Neelofa mohon doa agar istiqomah dengan perjalanan baru

Tuan sebenar lagi lawa berbanding AI

Bagaimanapun, ramai juga warganet berpendapat wajah asli ibu kepada dua cahaya mata ini  jauh lebih cantik jika hendak dibandingkan dengan versi AI.

Neelofa AI Neelofa AI Neelofa AI Neelofa AI

 

Sumber: IG neelofa

Scroll to Top