Verstappen belum 'panas'

Verstappen belum 'panas'

Doha: Lima hari selepas menikmati pesta kejuaraan di Las Vegas, Max Verstappen kembali memberi tumpuan menjelang perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) di Qatar, dengan dia menamatkan sesi ujian pertama di tempat keenam.

Juara dunia empat kali itu memulakan perlumbaan agak perlahan namun pelumba Red Bull itu akui kedudukan keenam itu selayak untuk dirinya jika prestasi semasa diambil kira.

“Agak perlahan dan jentera perlu lebih bersedia untuk perlumbaan sebenar untuk saya bergerak lebih pantas.

“Pada satu ketika jentera sememangnya laju tetapi keseluruhan saya anggap kami agak perlahan berbanding pesaing lain.

“Saya harap jentera kami dapat ditingkatkan menjelang kelayakan utama nanti. Pasukan jurutera perlu baiki segera sebelum perlumbaan sebenar,” katanya.

Pemandu McLaren, Lando Norris menduduki tempat pertama dengan George Russell dari Mercedes di belakang disusuli Oscar Piastri dan dua Ferrari, Carlos Sainz serta Charles Leclerc di tempat keempat dan kelima.

Rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez tersingkir pada sesi kelayakan pertama itu ekoran masalah teknikal.

“Saya bermula lewat akibat masalah palang anti-roll. Saya kehilangan tempat dan ia agak memalukan,” kata Perez.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top