MONACO: Pemandu Red Bull, Max Verstappen memperagakan pemanduan hebat untuk menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Monaco, hari ini.
Carlos Sainz dari Ferrari menduduki tempat kedua manakala pemandu McLaren, Lando Norris ketiga.
Kemenangan itu membolehkan Verstappen merampas kedudukan pendahulu carta kategori pemandu selepas pemandu Mercedes, Lewis Hamilton hanya menduduki tempat ketujuh.
“Kemenangan ini sangat istimewa. Podium pertama saya di sini. Saya berjaya mengawal situasi walaupun ada sedikit masalah,” kata Verstappen. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd



